
Sebagai anak tempatan Kampung Sungai Air Tawar, disini saya ingin memaparkan buat tatapan semua mengenai kampung ku terutama kepada anak - anak kelahiran Kampung Sungai Air Tawar yang berada di perantauan, semoga sedikit sebanyak dapat mengubati rasa rindu kepada kampung halaman dan menyampaikan maklumat kepada anda semua. Mariiiiiii !!!
Diperkenalkan En. Ibrahim bin Haji Yusof, Ketua Kampung Sungai Air Tawar. Tinggal di alamat Jalan Haji Abd Karim, 45100 Sungai Air Tawar, Sabak Bernam, Selangor Darul Ehsan.
Beliau adalah seorang yang peramah, mudah mesra dan amat disenangi oleh penduduk kampung. Beliau juga adalah anak kepada bekas Ketua Kampung Sungai Air Tawar yang terdahulu iaitu Allahyarham Tuan Hj Yusof bin Ramli.
Ini adalah gambar sewaktu majlis penyampaian sumbangan kepada ibu tunggal yang diadakan di Balairaya Kampung Dato Hormat pada 16 hb feb 2010 yang lalu.
Majlis penyampaian juga diserikan juga dengan kehadiran Dato Penghulu Fairus bin Johari dan Pengarah Pusat Khidmat Masyarakat DUN N 01 Tuan Haji Zamri bin Yahya.
Seramai 110 orang ibu tunggal telah menerima sumbangan.
Kebanyakan penerima sumbangan adalah terdiri daripada ibutunggal yang tinggal di kawasan Kampung Dato Hormat, Sungai Nireh, Jalan Besar Sungai Air Tawar dan Jalan Hj Mokhtar.
Di sini dipaparkan Imej dimana para penerima sumbangan ibutunggal sedang khusyuk mendengar taklimat daripada Ketua Kampung En Ibrahim b Hj Yusof
Tuan Haji Zamri b Yahya Pengarah Pusat Khidmat Masyarakat DUN N 01 bersama para petugas sedang sibuk mengagihkan barang - barang sumbangan kepada para penerima.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan